Friday, July 18, 2008

Pemasyhuran Kemerdekaan.

Pemasyhuran Kemerdekaan.

Pendahuluan



31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat negara kita. Pada tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan British dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya dikuatkuasakan, Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka, pada tarikh 31 Ogos 1957, negara kita secara rasminya diisytiharkan bebas daripada kuasa asing.

Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotisme kepada tanah air yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.






Perisitwa Pemasyhuran Kemerdekaan.

30 Ogos 1957.

Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.

Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan “MERDEKA” untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang.



Bendera Union Jack diturunkan



Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan








31 Ogos 1957.

Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya, stadium tersebut hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan dan ia telah melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka.

Ribuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata.

Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England. Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah.


Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka menyambut seruan Tunku.

Di sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...

Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu

Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan

Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.

Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.

Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negara serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.

Sebelum kami berundur, kami ingin meminta pandangan anda,

1) Apakah yang dimaksudkan dengan merdeka?

2) Benarkah budaya luar yang mempengaruhi minda generasi muda menggugat kemerdekaan negara?




1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.